Permohonan IPPAS 2022. IPPAS adalah insentif yang ditawarkan hanya kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar dengan LZS yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022 sahaja.
Pelaksanaan insentif ini adalah sebagai memberi galakan kepada para asnaf di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan pada tahun ini.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tarikh Permohonan IPPAS
Bagi para asnaf yang layak boleh membuat permohonan insentif ini sehingga 30 November 2022.
Kadar Insentif
Kadar insentif yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah sebanyak RM300.
Insentif ini adalah di bawah peruntukan asnaf Fakir/Miskin/Muallaf.
Syarat Umum
Syarat umum yang telah ditetapkan bagi pemohon yang memohon insentif ini adalah asnaf iaitu memstilah Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar di LZS sahaja.
Syarat Permohonan
Selain dari syarat umum, syarat bagi permohonan yang juga perlu dipenuhi pemohon adalah :
- Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor LZS.
- Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.
- Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS.
- Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagui tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja diproses bagi permohonan insentif ini.
Cara Mohon Permohonan IPPAS 2022
Bagi mereka yang layak untuk memohon Permohonan IPPAS 2022, pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan permohonan disini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsjIz4BMZDw8khO00Vxc58j9JXnvAbTqztHkjYXfBmtWRQ-A/viewform?fbclid=IwAR06q93GimytPTSUh6Yf8SDeYlgpGJji5TPNWAS5MuB91DS1tGhuZ0uhB3Y
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat Permohonan IPPAS 2022, adalah seperti berikut :
- Kad pengenalan pemohon.
- Kad pengenalan ketua keluarga.
- Surat tawaran bekerja.
- Surat pengesahan bekerja.
- Panyata akaun bank pemohon.
- Surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika bekernaan sahaja).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan IPPAS 2022, sila hantar email ke alamat :
Soalan Lazim
Bilakah tarikh Permohonan IPPAS 2022 ini ?
Permohonan insentif ini boleh dibuat sehingga 30 November 2022
Berapakah kadar yang diterima dari insentif ini ?
Pemohon yang layak akan menerima kadar insentif sebanyak RM300