Semakan LKM Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)

Orang awam boleh membuat pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan menunjukkan insurans yang telah diperbaharui dan jumlah pembayaran adalah mengikut jenis kenderaan. Permohonan anda boleh lakukan melalui ID orang awam di laman rasmi JPJ, JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).

Tempoh Pembaharuan LKM yang dibenarkan adalah dua bulan lebih awal dari tarikh tamatnya LKM untuk tempoh paling kurang 6 bulan sehingga maksimum 1 tahun. Sekiranya LKM anda kenderaan gagal diperbaharui melebihi tiga (3) tahun, kenderaan anda perlu dibawa ke Puspakom untuk mendapatkan report pemeriksaan kenderaan (b2). Kemudian, pemillik/wakil mestilah datang ke pejabat jpj bersama-sama dengan laporan b2, perakuan pendaftaran kenderaan asal dan membuat bayaran yang cukup bagi tujuan pembaharuan LKM.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Semakan Tarikh Luput LKM boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman rasmi JPJ. Semakan ini juga adalah semakan roadtax kereta. Bilakah tamat roadtax kereta dan bila boleh memperbaharui.

Baca juga: Cara Semak Tarikh Luput Lesen Memandu

Cara Semakan Tarikh Luput LKM

Cara semakan adalah dengan melayari: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan juga nombor kenderaan anda.

Semakan LKM Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Roadtax) 2

Selepas itu, masukkan kod sekuriti yang tertera. Maka maklumat mengenai lesen kenderaan motor (LKM) akan terpapar.

Berapa nombor hotline JPJ?

Hubingi hotline JPJ di +60 3 8000 8000

Adakah kaunter telah dibuka sekarang

Ya. Anda boleh walk-in seperti biasa.