Semakan Saman Trafik Secara Online (Polis,JPJ,PDRM)

Kaedah membuat semakan saman kini lebih mudah tanpa perlu hadir ke mana-mana pejabat untuk membuat semakan. Ianya boleh dilakukan hanya melalui secara atas talian (online).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu laman web khas untuk membuat semakan saman yang dikenali sebagai MyBayar Saman. Pada laman web ini, anda boleh membuat semakan saman berdasarkan nombor kad pengenalan dan juga nombor kenderaan anda sendiri.

Selain itu, jenis kesalahan anda juga akan turut dinyatakan berserta gambar kenderaan anda ketika kesalahan dibuat.

Fungsi yang turut disertakan di dalam aplikasi Mybayar Saman ini adalah anda boleh terus membuat pembayaran saman yang diberikan secara online melalui perbankan online pilihan anda sendiri. Mudah bukan kaedah check saman online ini.

Jenis-jenis saman yang boleh disemak adalah semakan saman polis, check saman aes, jpj saman check, dan semakan saman trafik.

Cara Semakan Saman Melaui Online

Cara untuk membuat semakan saman adalah melalui laman web rasmi Mybayar saman pada pautan https://mybayar.rmp.gov.my/en

antaramuka aplikasi web mybayar saman.
Semakan Saman Trafik Secara Online (Polis,JPJ,PDRM) 5

Namun, sebelum anda dapat menggunakan aplikasi ini, anda perlulah mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

Cara pendaftaran juga adalah amat mudah, klik butang New User Sign Up dan isikan borang pendaftaran yang diminta seperti yang tertera pada gambar di bawah ini.

pendaftaran mybayar saman online.
Semakan Saman Trafik Secara Online (Polis,JPJ,PDRM) 6

Seperti yang anda lihat pada gambar di atas ini, ianya adalah borang pendaftaran bagi menggunakan aplikasi semakan saman secara online ini.

Isi semua bahagian yang diperlukan, kemudian satu sms verifikasi akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi tujuan pengesahan identiti. Setelah semuanya selesai,maka anda boleh login seperti biasa untuk membuat semakan saman anda.

Semak saman Melalui aplikasi mudah alih

Namun, jika anda tidak ingin menggunakan semakan melalui laman web, anda boleh terus memuat turun dan memasang aplikasi MyBayar Saman ini terus ke dalam telefon pintar anda.

Klik pautan di bawah mengikut jenis telefon pintar anda.

Paparan melalui aplikasi lebih mesra pengguna dan anda boleh membuat semakan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya perlu membuka aplikasi ini dan boleh melihat sama ada anda mempunyai saman ataupun tidak.

antaramuka aplikasi Mybayar Sama yang mesra pengguna.
Semakan Saman Trafik Secara Online (Polis,JPJ,PDRM) 7

Cara Check Saman Lain

Selain menggunakan MyBayar Saman, terdapat beberapa pautan lain yang boleh digunakan untuk membuat semakan sama. Antaranya adalah;

Cara Check Saman SMS

Selain itu, anda boleh membuat semak saman melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Caranya adalah dengan:

Taip JPJSAMAN hantar ke 15888

contoh : JPJ SAMAN 9506125563 atau JPJ SAMAN ABC2345P

Semakan SMS Saman Polis PDRM:

Taip POLIS No ic ataupun dan hantar ke 32728

Mudah bukan untuk membuat semakan saman ini.

Cara Semakan Saman Melalui online

Melalui Mybayar saman.

Cara semakan saman menggunakan SMS.

Taip POLIS jarak No IC dan hantar ke 32728