Jika anda kehilangan kad pengenalan / IC ataupun telah rosak, jangan risau kerana anda boleh membuat permohonan gantian kad pengenalan dengan mudah.
Di sini kami kongsikan cara untuk mohon gantian kad pengenalan.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Selain hilang ataupun rosak, permohonan boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:
- Permohonan gantian apabila usia menjangkau 18 tahun.
- Kad pengenalan hilang.
- Kad pengenalan rosak.
- Pertukaran alamat pada kad pengenalan.
Artikel lain: BKC Fasa 2: Semakan Status
Cara Permohonan Gantian Kad Pengenalan
Kad Pengenalan Hilang
Jika IC hilang, permohonan hendaklah dilakukan dengan segera. Laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu di mana-mana cawangan balai polis berdekatan anda.
Kemudian hadirkan diri ke cawangan Pejabat Pendaftaran untuk membuat permohonan.
Bayaran adalah seperti berikut:
- Kali pertama: RM110
- Kali kedua: Rm310
- Kali ketiga dan seterusnya: RM1010
Kad Pengenalan Rosak
Bagi kad pengenalan yang rosak,permohonan penukaran perlu dilakukan dengan segera.
Anda perlu hadir ke pejabat JPN dengan membawa bersama IC yang rosak.
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.
Pertukaran Alamat
Jika anda ingin membuat penukaran alamat pada IC, anda perlu hadir ke JPN dengan membawa dokumen sokongan yang menandakan adna telah berpindah tempat.
Dokumen tersebut antaranya adalah:
- Bil elektrik
- Utiliti
- Cukai pintu
- Perjanjian jual/beli / sewa rumah
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Bayaran adalah sebanyak RM10. bayaran RM2 jika penukaran alamat di dalam cip sahaja tanpa mengeluarkan IC yang baharu.
Carta Aliran Permohonan Gantian Kad Pengenalan
Proses permohonan adalah mengikut carta aliran seperti gambar rajah di bawah ini: