Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai banyak fungsi.
Selain digunakan untuk simpanan wang waktu persaraan, ianya juga boleh digunakan untuk membuat pendaftaran haji.
Di sini kami kongsikan cara anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk membuat daftar haji.
BACA: BKC FASA 2
Syarat Daftar Naik Haji Menggunakan KWSP
Untuk mendaftar haji, anda perlulah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap
- Beragama Islam
- Mempunyai baki sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam Akaun 1
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Cara Untuk Membuat Pendaftaran
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan bawa bersama kad pengenalan.
Selain itu, bawa bersama penyata akaun KWSP. Ianya boleh diperolehi dengan login ke dalam i-Akaun KWSP.
Semoga dengan kemudahan ini dapat kita menyempurnakan rukun islam ini.
Ikut kami di channel telegram t.me/portalsemakandotcom untuk banyak lagi info seperti ini.