Biodata Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Ke-9

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Di sini kami kongsikan biodata ringkas dan lengkap beliau.

Biodata Dato Ismail Sabri Yaakob

Nama penuh: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Umur: 61 tahun (2021)
Isteri: Datin Sri Muhaini Zainal Abidin
Anak: 4 orang anak (termasuk bekas peserta Akademi Fantasia, Dafi )
Pendidikan: Graduan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM)

Beliau mempunyai seekor kucing yang diberi nama Oyen.

oyen ismail sabri
Si Oyen bersama Ismail Sabri dan Isteri.


Jawatan Menteri di Dalam Malaysia

Ini adalah jawatan sebagai menteri yang pernah beliau sandang.

  • 2008 – Menteri Belia dan Sukan
  • 2009 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 2013 – Menteri Pertanian dan Asas Tani
  • 2015 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • 2020 – Menteri Pertahanan
  • 7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri
  • 20 Ogos 2021 – Perdana Menteri

Perkara Signifikan Pernah Beliau Suarakan

Antara isu yang pernah beliau suarakan adalah;

  • Memerangi orang tengah dalam ekonomi para nelayan, petani dan penternak.
  • Memperkenalkan MARA Digital Mall.
  • Memperhebat kemajuan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  • Pernah mencadangkan agar ditubukan “Low Yat 2.”
  • Beliau pernah menyatakan sokongan terhadap industri Vape dan rokok elektronik.

Itulah serba sedikit biodata ringkas Perdana Menteri Malaysia ke-9 yang baharu ini.Dato’ Ismail Sabri Yaakob.