Cara Dapatkan Surat Penyelesaian Hutang PTPTN

Adakah anda telah menyelsaikan hutang PTPTN? Jika ya, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Selepas anda selesai membayar baki akhir hutang PTPTN, anda perlu mendapatkan surat pengesahan penyelesaian hutang dari PTPTN.

Selalunya, PTPTN akan mengeluarkan surat ini selepas 2 hari bekerja anda melunaskan baki yang terakhir.

Di sini kami kongsikan cara untuk anda mendapatkan surat penyelesaian hutang PTPTN.

Jom ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai PTPTN dan juga maklumat umum lain.

Dapatkan Surat Penyelesaian Hutang PTPTN

Pertama sekali, anda perlulah menyemak baki PTPTN anda dengan login pada portal PTPTN.

Pastikan baki telahpun kosong ataupun jika terlebih bayar, baki akan ditunjukkan dalam kurungan (…).

Kemudian, login ke pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama

Masukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor pinjaman anda. Jika tidak tahu nombor pinjaman, rujuk artikel ini.

Selepas berjaya login, anda akan diberikan pilihan seperti gambar di bawah ini:

ptptn selesai hutang.
Cara Dapatkan Surat Penyelesaian Hutang PTPTN 3

Klik pada pautan surat penyelesaian hutang.

Kemudian anda akan diberikan pautan untuk cetak surat penyelesaian hutang. Klik untuk cetak ataupun untuk tujuan simpanan anda.

Itu sahaja artikel ringkas mengenai cara mendapatkan surat penyelesaian hutang PTPTN.

Surat ini dapat dijadikan bukti sekiranya anda ingin membuat sebarang pinjaman ataupun bagi tujuan rasmi yang lain.

Bolehkah saya mendapatkan surat penyelesaian hutang PTPTN ini secara online?

Ya. Kemudahan online disediakan.

BACA JUGA:  Tarikh Hari Raya Aidilfitri / Hari Raya Puasa Tahun 2023