Program Subsidi Upah (PSU) kini dilanjutkan lagi kepada PSU 4.0 . Ianya akan mula dilaksanakan bermula 1 Ogos 2021.
Pelaksanaan ini adalah selama 4 bulan, setelah PSU 3.0 ditutup pada tarikh 31 Julai 2021.
Tujuan PSU 4.0 adalah untuk meringankan beban golongan majikan di dalam mengekalkan pekerja mereka. Ini kerana pada saat ini banyak sektor diarahkan untuk ditutup perniagaannya.
PSU 4.0 akan disalurkan terus kepada majikan. ianya terhad kepada 500 orang pekerja.
Kadar sebanyak RM600 pekerja diberikan kepada majikan untuk dua bulan pertama. Manakala 2 bulan selebihnya adalah khas sektor-sektor berada di dalam senarai Negatid.
Baca: Permohonan i-Citra Pengeluaran RM500 KWSP
Syarat Permohonan PSU 4.0
Syarat PSU 4.0 telah ditambah baik.
Di mana tiada lagi had gaji pekerja ditetapkan. Jika pada PSU 3.0, had gaji adalah RM4000 ke bawah.
Maklumat subsidi juga perlu dimasukkan ke dalam slip gaji pekerja.
Syarat secara terperinci boleh dilihat pada jadual di bawah ini:
Permohonan dan Semakan PSU 4.0
Setiap permohonan dan Semakan PSU 4.0 boleh diakses pada pautan https://psu.perkeso.gov.my
Tarikh tutup permohonan PSU 4.0 adalah pada 31 Oktober 2021.
Join telegram kami untuk onfo terkini mengenai PSU. KLIK SINI.
Berapakah nilai gaji maksimum layak menerima PSU 4.0?
Tiada lagi had gaji. Semua tangga gaji diterima.
Berapa lama tempoh PSU 4.0 berjalan?
Selama 4 bulan.