Pihak KWSP telah memutuskan permohonan i-Citra diawalkan dari tarikh asal iaitu 15 Julai 2021 kepada 12 Julai 2021.
Oleh itu, para pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan KWSP boleh mula membuat permohonan secara online bermula 12 Julai 2021.
Permohonan i Citra membolehkan pemohon mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000 di mana pembayaran dilakukan selama 5 bulan.
Syarat umum pengeluaran adalah;
- Baki di dalam akaun KWSP minimum sebanyak RM150
- Pengeluaran paling minimum adalah RM50.
- Pencarum perlu meninggalkan baki sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya.
Semakan Status
Semakan boleh dibuat dengan layari laman web : https://icitra.kwsp.gov.my/check-status

Permohonan i-Citra 2021
Permohonan boleh mula dibuat pada 12 Julai 2021 pada pautan icitra.kwsp.gov.my
Cara permohonan adalah:
- Layari icitra.kwsp.gov.my
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan
- One time password-OTP akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan pada KWSP.
- Pilih amaun pengeluaran
- Anda boleh meneruskan untuk membuat permohonan.
- Lengkapkan maklumat pembayaran
- Semak semula dan klik hantar

Semakan status juga turut boleh dilakukan dengan melayari laman web yang sama.
Jom telegram kami untuk mendapatkan info terkini mengenai i-Citra: t.me/portalsemakandotcom
Peringatan: Pastikan ketika mengisi borang permohonan i citra, alamat pada browser anda yang tertera adalah “icitra.kwsp.gov.my” . Ini bagi mengelakkan anda tersalah masuk laman web yang berpotensi sebagai scammer.
Bilakah tarikh permohonan i-Citra?
12 Julai 2021.
Berapakah nilai pengeluaran maksimum i-Citra?
RM5,000.