i Citra akan mula dibuka permohonannya kepada para pencarum bermula 15 Julai 2021.
Pencarum yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakan melanda negara dan perlukan wang untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang disarankan mengambil peluang ini.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Pengeluaran sehingga maksimum RM5,000 dibenarkan kepada pemohon yang menepati syarat i-Citra 2021.
Antara syaratnya adalah:
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- baki minimum sebanyak RM100 selepas pengeluaran dibuat.
- Bayaran minimum bulanan adalah RM50.
Jika anda pernah membuat pengeluaran i-Lestari mahupun i-Sinar, anda masih boleh membuat pengeluaran bagi i-Citra.
Daftar dan Semakan Status iCitra Online
Untuk pendaftaran, anda bolehlah melayari: https://icitra.kwsp.gov.my
Permohonan boleh mula diakses pada 15 Julai 2021. Semakan status juga turut boleh dibuat pada laman web tersebut.
Akaun 1 atau Akaun 2?
Ramai yang tertanya-tanya jika akaun 1 atau akaun 2 akan digunakan pada i-Citra. untuk pengetahuan, Akaun 2 akan digunakan bagi tujuan pengeluaran i Citra. Jika baki pada akaun 2 tidak mencukupi, barulah akaun 1 digunakan.
Join kami di sini untuk kemaskini mengenai i-Citra
Berapakah nilai maksimum pengeluaran i-Citra?
Sebanyak RM5,000
Bilakah permohonan akan dibuka?
Bermula 15 Julai 2021.