i-Citra: Permohonan Pengeluaran KWSP Julai 2021 (RM5000)

i Citra telah diumumkan ketika pelan pemulihan ekonomi negara. I-Citra merupakan satu pelan untuk rakyat mengeluarkan simpanan KWSP yang terdapat di dalam akaun 1 dan akaun 2 pencarum.

i-Citra membolehkan para pencarum mengeluarkan sehingga RM5000 yang mana pengeluaran dibenarkan sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 5 bulan.

Bayaran minimum pengeluaran pula adalah sebanayak RM50.

Permohonan i Citra boleh mula dibuat pada 15 Julai 2021 sehingga 30 september 2021.

Icitra dijangka memanfaatkan 12.6 juta ahli pencarum KWSP.

Semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah layak untuk membuat permohonan ini, selain itu jumlah simpanan paling kurang sebanyak RM150 diperlukan di dalam akaun KWSP.

Akaun 1 hanya akan digunakan jika baki dalam akaun 2 KWSP tidak mencukupi.

icitra

Permohonan dan Semakan Status i-Citra 2021

Permohonan i-citra boleh mula dibuat pada pautan icitra.kwsp.gov.my atau https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra bermula 15 Julai 2021.

Pembayaran pertama akan dibuat pada ogos 2021.

JOIN CHANNEL TELEGRAM UNTUK KEMASKINI MENGENAI I-CITRA: t.me/portalsemakandotcom

Untuk maklumat lanjut pertanyaan mengenai i-Citra, anda boleh hubungi pihak KWSP melalui no telefon 03-8922 4848.

Apakah itu i-Citra?

Kemudahan pengeluaran KWSP menggantikan i-Sinar dan i-Lestari.

Bilakah pembayaran pertama i-Citra?

Pada Ogos 2021.

Bila tempoh permohonan i-Citra?

15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.