Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan Fasa 2 bagi tahun 2022 ini merupakan salah satu inidiatif Yayasan Negeri Sembilan (YNS) kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan sejak diwujudkan pada tahun 2019.
Inisiatif ini adalah satu hasil buah fikiran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Kepada mereka anak kelahiran Negeri Sembilan Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa ini telah dibuka bagi Fasa 2 tahun 2022.
Tarikh Permohonan
Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan bagi Fasa 2 ini mula dibuka pada 7 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.
Syarat Kelayakan
Bagi calon yang berminat untuk memohon bantuan ini, calon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayak permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Sembilan , dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
- Pemohon yang tidak lahir di Negeri Sembila tapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
- Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
- Pemohon bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semster 2 ke atas (tahun akhir tidak layak untuk memohon).
- Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank akan ditolak).
- Ibu bapa pemohon tergolong dari kalangan B40 terkini.
- Borang pengesahan mestilah dimuat turun menersui laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tinggal pemohon).
- Borang permohon dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
Dokumen Sokongan
Antara dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan ialah :
- Borang pengesahan Pejabat DUN/Pejabat Penyelaras DUN = https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdf
- Borang Akuan Pengesahan Pendapatan = https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf
Cara Mohon Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan
Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan = https://www.yns.gov.my/v7/ms
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan, pemohon boleh layari laman web rasmi Yayasan Negeri Sembilan iaitu = https://www.yns.gov.my/v7/ms
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan BSH mahasiswa Negeri Sembilan fasa 2 ini ?
30 Jun 2022.
Bolehkah pelajar semester pertama memohon bantuan ini ?
Tidak.