Biasiswa Penuh Tajaan Felda/FVG ini merupakan komitmen FVG dalam menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat.
Tawaran biasiswa penuh FVG ini juga diberikan kepada pelajar lepasan SPM 2021 khususnya diberikan kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA yang kini dibuka melalui Program Global Digital Leadership 2022.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 29 Jun 2022 (Rabu).
Kemudahan Yang Ditawarkan
Bagi pelajar yang layak akan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2022 dan akan mendapat kemudahan seperti :
- Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pasific University of Technology & Innovation (APU).
- Kemudahan Penginapan.
- Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian.
- Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive Englisj Programme (IEP).
- Neuro Linguistic Programming (NLP).
Syarat Permohonan
Berikut merupakan Syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pelajar :
- Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan SPM.
- Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
- Lepasan SPM Tahun 2021.
- Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
Cara Mohon Biasiswa Penuh Tajaan Felda/FVG
Cara mohon permohonan Biasiswa Penuh Tajaan Felda/FVG, pelajar yang berkelayakan boleh memohon dengan mengimbas Kod QR atau di pautan seperti di bawah :
i.) Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA = https://tinyurl.com/3dym6phk
ii.) Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA = https://tinyurl.com/mryvpypk
Maklumat Lanjut
untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Penuh Tajaan Felda/FVG, sila hubungi :
- Norhana : Bahagian Latihan Yayasan FELDA : 016-4910711
- Shahrul : ( Bahagian Pendidikan dan sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan generasi FELDA) : 013-2601304
- Laman sesawang : http://www.feldaglobal.com/wp-content/uploads/2016/08/SCHOLARSHIP-PROGRAM-FGV-Web.pdf
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan biasiswa ini :
29 Jun 2022.
Bolehkah lepasan SPM tahun 2020 untuk memohon permohonan biasiswa ini ?
Tidak. Untuk SPM lepasan 2021.