Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu. Yayasan Terengganu telah mempelawa pelajar rakyat negeri Terengganu untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang bagi tahun 2022 dibawah program yang ditawarkan sebagaimana berikut :

Tarikh Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu

Bagi pelajar cemerlang yang ingin memohon biasiswa ini, permohonan telah dibuka pada 16 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022 (12.00 tengahari).

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu
Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 8

Pengajian Yang DItaja

Dalam Negara

Antara pengajian dalam negara yang ditaja adalah :

  1. Biasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  2. Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS)
  3. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Kedah
  4. Biasiswa Foundation In Accountancy (FIA) – ACCA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Luar Negara

Manakalah pengajian luar negara pula adalah :

  1. Biasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/Perakaunan
  2. Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/Jordan)
  3. Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di Jordan
  4. Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Di Jordan

Syarat Umum

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dri kalangan berpendapatan rendah (B40).

Syarat Khusus

Sila rujuk syarat khusus bagi setiap pengajian dalam dan luar negara di dalam lampiran tersebut :

Cara Mohon Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022

Bagi pemohon yang ingin memohon boleh memohon menerusi pautan ini = http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login

Borang permohonan mestilah dilengkapkan dengan memuat naik semua dokumen yang diperlukan.

Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 4
Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 9
Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 6
Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 10

Ujian Bertulis & Temuduga

Untuk makluman, hanya calon-calon yang layak disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang akan dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa / pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022, anda boleh hubungi hotline Yayasan Terengganu di talian 09-6221733/09-6211800 atau layari https://yt.gov.my/penajaan/

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini ?

16 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022.

Bolehkah Pelajar cemerlang selain Negeri Terengganu untuk memohon permohonan biasiswa ini ?

Tidak.