Semakan Keputusan Peperiksaan STAM : Bermula 30 Jun 2022

Keputusan Peperiksaan STAM. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil perjanjian Persepahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandangani pada 18 November 1999 antar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.

Peperiksaan ini adalah merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bagi pelajar yang mengambil Peperiksaan STAM tahun 2021, pelajar boleh membuat keputusan peperiksaan STAM bermula 30 Jun 2022.

Keputusan Peperiksaan STAM
Semakan Keputusan Peperiksaan STAM : Bermula 30 Jun 2022 5

Bidang & Subjek Yang Ditawarkan

Terdapat 3 bidang yang akan dipelajari oleh pelajar iaitu :

  • Bahasa Arab
  • Syariah
  • Usuluddin

Daripada 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu :

  • Hif Alquran dan Tajwid
  • Fiqh
  • Tauhid dan Mantiq
  • Tafsir dan Ulumuhu
  • Hadth dan Mustolah
  • Nahu dan Sarf
  • Insya’ dan Mutalaah
  • Arudh dan Qafiyah
  • Balaghah
  • Adab dan Nusus

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STAM

keputusan peperiksaan boleh disemak menerusi 3 kaedah iaitu :

i.) Melalui Sekolah atau Pos

Pelajar yang mengambil peperiksaan STAM boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripad sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022.

Untuk calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun 2022.

ii.) Dalam Talian

Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan ini = https://myresultstam.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

iii.) Sistem Pesanan ringkas (SMS)

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip STAM<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan bermula pada pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

Keputusan Peperiksaan STAM
Semakan Keputusan Peperiksaan STAM : Bermula 30 Jun 2022 6

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan Keputusan Peperiksaan STAM, sila layari laman web rasmi KPM disini = https://www.moe.gov.my/

Soalan Lazim

Bilakah tarikh boleh membuat semakan keputusan bagi peperiksaan STAM ?

Bermula pada 30 Jun 2022.

Bilakah tarikh tutup semakan melalui pesanan ringkas ?

Pada 6 Julai 2022 ( 6.00 petang ).