Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online)

Permohonan Rumah Mesra Rakyat. Bantuan Rumah Mesra Rakyat ini diberikan kepada mereka golongan B40 (berpendapatan rendah di bawah RM3,000) yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dengan selesa dan sempurna.

Bagi individu yang layak untuk memohon bolehlah membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat ini.

Harga Rumah Mesra Rakyat

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengeluarkan 6 jenis reka bentuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang terbaru dengan harga RM75,000 dan juga RM85,000.

Untuk makluman, SPNM juga turut menawarkan bayaran bulanan rumah serendah RM300 sahaja.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 3
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 10
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 5
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 11
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 7
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 12

Kriteria Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapat cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian /bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Mohon Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Bagi membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  • Layari pautan Rumah Mesra Rakyat disini = https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik pada bahagian pendaftaran baru.
  • Isi maklumat dan klik butang “Daftar”.
  • Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  • Lengkapkan maklumat ke dalam sistem.
  • Klik “Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang”.
  • Hantar borang dan dokumen yang diperlukan Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan anda.
BACA JUGA:  SERY KBS 2022 : Penyertaan Program Keusahawanan Sosial Belia
Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Untuk Golongan B40 (online) 13

Dokumen Diperlukan

Antara dokumen yang perlu dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini (3bula) / surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua (disahkan melalui penghulu/ketua kampung/pegawai profesional Kelas A).
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan melalui penghulu/ketua kampung/pegawai profesional Kelas A).
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Rumah Mesra Rakyat, anda boleh hubungi :

  • SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
    Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
    Sekyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor
    Darul Ehsan.
  • Tel : 603-7849 2000
  • Sms : 019-2104000
  • Emel : [email protected]

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk layak memohon permohonan Rumah Mesra Rakyat ini ?

Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.

Berapakah kadar pendapatan bulanan untuk layak memohon ?

Pendapatan bulanan hendaklah tidak melbihi RM3,000.