Semakan Keputusan SPM 2021 : Tarikh Dan Cara Semak Keputusan

Semakan Keputusan SPM 2021, salah satu keputusan yang dinanti-nantikan oleh para pelajar yang mana keputusan SPM ini boleh digunakan untuk permohonan biasiswa, permohonan sambung belajar, kemasukan UPU dan lain-lain urusan.

Hari ini, kementerian pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh rasmi keputusan SPM yang akan dikeluarkan untuk rujukan pelajar-pelajar SPM 2021 yang terlibat.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Berikut merupakan perkongsian kenyatan media daripada kementerian pendidikan Malaysia:

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021

Keputusan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan di keluarkan pada 16 Jun 2022, pada hari Khamis.

Cara Semakan Keputusan SPM 2021

Bagi Semakan Keputusan SPM 2021, anda boleh membuat semakan dengan cara berikut iaitu :

Semakan Keputusan SPM 2021 : Tarikh Dan Cara Semak Keputusan 3
  1. Secara Hadir Ke Sekolah

    Pelajar boleh mendapatkan keputusan Peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

    Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan cetakan slip keputusan peperiksaan. Pelajar masih perlu hadir ke sekolah bagi mengambil sekali lagi slip keputusan peperiksaan masin-masing.

    Bagi calong persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.
  2. Secara Atas Talian – Online

    Semak secara dalam talian di pautan berikut iaitu = https://myresultspm.moe.gov.my/ bagi mendapatkan slip keputusan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022.

    Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan = https://myresultspm.moe.gov.my/
  3. Secara Pesanan Ringkas – SMS

    Semak secara sistem pesanan ringkas – SMS untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Contoh – SPM<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

    Sistem ini akan di aktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

Semakan Keputusan SPM 2021

Semak Semula Keputusan SPM 2021

Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan Keputusan SPM 2021 : Tarikh Dan Cara Semak Keputusan 6

Bagi semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Kemasikini Permohonan UPU

Untuk info, fasa kemaskini UPU online kini telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat anda boleh layari = https://www.moe.gov.my/ untuk membaca kenyataa penuh mengenai Semakan Keputusan SPM 2021

Soalan Lazim

Bilakah keputusan SPM bagi tahun 2021 akan dikeluarkan ?

Pada 16 Jun 2022, hari Khamis.

Bilakah tarikh bagi kemaskini permohonan UPU online ?

Kemaskini UPU online telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.