Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 (Darjah 1)

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka bermula 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak mereka secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.

Syarat Kelayakan

Untuk memohon, kanak-kanak yang layak ialah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018. Pendaftaran ini akan diproses melalui beberapa langkah mudah di dalam Modul Pengurusan Awam.

Cara Permohonan Darjah 1

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh ibu bapa atau penjaga kepada anak jagaan. Kemudian, mereka perlu mengakses laman sesawang https://idme.moe.gov.my dan memilih modul pengurusan awam. Setelah itu, lengkapkan pengurusan profil dengan maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan. Jika belum wujud, klik Tambah anak/jagaan dan kemaskini.

Setelah selesai mengemaskini maklumat di dalam Modul Pengurusan Profil, ibu bapa atau penjaga perlu memilih Permohonan Kemasukan. Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024/2025 dan pastikan semua butiran permohonan diisi dengan betul dan lengkap sebelum menghantar permohonan. Terakhir, hantar permohonan dan cetak resit pendaftaran untuk rujukan masa hadapan.

Dengan adanya pendaftaran secara dalam talian, ia akan memudahkan ibu bapa atau penjaga untuk memohon kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025. Segera daftarlah anak anda dan pastikan anda mematuhi semua langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan permohonan anda diproses dengan lancar.