Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah 2023 (Cara & Dokumen diperlukan)

Tahukah anda bahawa anda boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk tujuan pembelian rumah?

Di sini kami kongsikan cara untuk menggunakan KWSP untuk membeli rumah sendiri.

Harga rumah yang kian meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan ada pembeli tidak mampu.

KWSP membenarkan pengeluaran hanya dari akaun 2 untuk tujuan ini.

Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dan jika semua dokumen lengkap dikemukakan.

Semakan permohonan anda boleh dibuat dengan melihat kepada transaksi di dalam i-Akaun KWSP anda.

Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Syarat berikut perlu dipenuhi untuk pengeluaran:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Membeli rumah kediaman.
  • Baki minimum RM500 dalam akaun 2.
  • Tidak pernah sebelum ini mengeluarkan KWSP 2 untuk tujuan yang sama.
  • Permohonan loan/ pinjaman telah diluluskan.

Cara Permohonan

  1. Untuk permohonan, anda perlu hadir ke pejabat KWSP berdekatan anda
  2. bawa bersama dokumen berikut.
  • Kad pengenalan
  • Surat perjanjian jual beli rumah.
  • Buku bank atau penyata akaun simpanan.

Maklumat lanjut secara terperinci dokumen yang diperlukan, boleh dilihat di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/buy-home#subsale

Cara Pengeluaran Rumah PR1MA

Selain pembelian rumah biasa, pengeluaran KWSP juga boleh digunakan bagi pembelian rumah PR1MA. Caranya adalah;

  1. Mohon terlebih dahulu rumah Prima pada laman web https://www.pr1ma.my/
  2. Tunggu surat tawaran dan mohon pinjaman dari bank.
  3. Hantar permohonan anda.
  4. Institut kewangan akan mengeahkan dan hantar permohonan ke KWSP.
  5. Satu SMS akan dihantar bagi memberitahu dan mengesahkan permohonan KWSP.

Adakah perlu hadir ke pejabat KWSP?

Ya. Untuk pengecaman cap jari dan bagi memastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sendiri.

Adakah ianya terpakai untuk pembelian rumah kedua?

Ya. Namun dokumen berbeza diperlukan bagi rumah kedua.

Bagaimana cara semak status permohonan?

Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-89226000)