LPPSA: Login myfinancing Semakan Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Cover image

LPPSA merupakan singkatan bagi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Ianya merupakan satu sistem di mana penjawat awam boleh membuat permohonan bagi mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah.

Proses Permohonan LPPSA

Proses permohonan LPPSA melibatkan beberapa langkah sehingga pemulangan baki kredit dan penutupan akaun. Ianya melibatkan;

  1. Permohonan di atas talian dan penerimaan tawaran

  2. Pemprosesan dan kelulusan

  3. cagaran harta kepada LPPSA4

  4. Bayaran premium insurans

  5. Pengeluaran bayaran

  6. Bayaran balik pembiayaan.

  7. Penyelesaian pembiayaan sepenuhnya

  8. pemulangan dokumen hak milik

  9. Pemulangan baki kredit dan tutup akaun.

Kalkulator LPPSA Online

Anda boleh membuat kiraan anggaran pembiayaan anda melalui kalkulator khas (lppsa calculator) yang disediakan oleh pihak LPPSA. Kalkulator ini boleh didapati pada pautan berikut: https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/kalkulator-anggaran-pembiayaan

Jenis pembiayaan pinjaman LPPSA

Terdapat 7 jenis perkara yang boleh menggunaskan LPPSA sebagai medium pembiayaan. Ianya adalah termasuk:

  1. Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

  2. Membina rumah di atas tanah sendiri.

  3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan

  4. Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.

  5. Menyelesaikan hutang pinjaman bank/ institusi kewangan

  6. Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan

  7. Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman.

Cara membuat permohonan pembiayaan LPPSA

Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui online dan secara manual. Semua kategori permohonan boleh dibuat secara online. Namun, bagi secara manual, hanya beberapa kategori yang boleh dibuat.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/ Manakala permohonan secara manual, anda boleh download borang LPPSA ini.

Cara Login ke dalam LPPSA

login ke dalam sistem Myfinancing LPPSA dengan melayari: LOGIN LPPSA

Cara Daftar LPPSA

Jika anda tidak mempunyai akaun LPSA, anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dengan klik pautan ini. https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/cust/register.php?reg=1

Masukkan semua maklumat yang diminta di dalam borang pendaftaran lppsa.

Cara Semakan Kelayakan LPPSA

Anda boleh mengetahui secara ringkas akan amaun kelayakan anda mengikut garis panduan ini.

  1. Bagi pembiayaan pertama, ansuran bulanan tidak melebihi 60%
    daripada pendapatan bersih atau jumlah hutang tidak melebihi
    80% daripada pendapatan bersih.

  2. Bagi pembiayaan kedua, ansuran bulanan tidak melebihi 50%
    daripada pendapatan bersih atau jumlah hutang tidak melebihi
    80% daripada pendapatan bersih.

Untuk lebih mudah, lihat jadual semakan kelayakan lppsa yang tertera di bawah ini.

Pihak LPPSA juga ada menyediakan aplikasi mudah alih.Butirannya boleh dilihat pada video berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=yD5tmomaRyI