Permohonan Bantuan Kewangan JKM 2022

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jabatan badan kerajaan yang berperanan menjaga kebajikan golongan sasar di Malaysia.

Saban tahun jabatan ini telah banyak membantu golongan yang memerlukan khususnya warga OKU,warga emas, pesakit kronik dan lain-lain.

Ramai yang tahu akan kewujudan jabatan ini akan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membuat pendaftaran / permohonan.

Di sini kami kongsikan cara mohon bantuan kewangan JKM.

Tujuan utama bantuan JKM ini adalah;

  • Memenuhi sokongan asas penerima bantuan.
  • Menyediakan sokongan sosial.
  • Menyediakan alat pemulihan.
  • Bantuan kewangan sementara.

Syarat Kelayakan Bantuan JKM

Anda perlu memenuhi kriteria dan kelayakan yang ditetapkan sebelum layak menerima bantuan JKM.

Kelayakan akan diurus periksa oleh Pegawai JKM yang ditetapkan dalam urusan ini.

Antara bantuan-bantuan tersedia adalah;

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Cara Permohonan

Walaupun permohonan boleh dibuat secara online pada pautan di sini , namun adalah dinasihatkan untuk terus hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah anda tinggal.

Bawa bersama dokumen seperti:

  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

Ikuti kami di channel telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info-info terkini bantuan JKM dan bantuan yang lain.

Antara dokumen yang berkemungkinan perlu anda isi adalah seperti berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan BantuanĀ 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Adakah terdapat tarikh tutup permohonan bantuan JKM ini?

Tiada. Ianya dibuka sepanjang tahun.

Apakah bantuan yang boleh dipohon di bawah JKM?

Terdapat 11 jenis bantuan. Rujuk senarai di dalam artikel ini.

Apakah borang berkaitan untuk permohonan bantuan JKM?

JKM 18 dan JKM 20

Adakah permohonan dibuat secara online?

Ya. Namun disarankan untuk terus hadir ke cawangan JKM berhampiran anda.