Semakan Kemasukan ke Kolej Komuniti Sesi 2023 /2024

Calon yang membuat permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti untuk tahun 2023 sekarang boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian. Semakan keputusan boleh dibuat mulai 9 Januari 2023.

Apakah Kolej Komuniti?

Kolej Komuniti adalah sistem pendidikan tinggi di Malaysia yang dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penerimaan ke Kolej Komuniti dibuka setiap tahun.

Sehingga kini, terdapat 105 Kolej Komuniti di seluruh negara.

Beberapa sebab mengapa anda perlu memilih Kolej Komuniti adalah:

  • Ia adalah milik kerajaan
  • Semua program yang ditawarkan diiktiraf oleh MQA
  • Lokasi Kolej Komuniti terdapat di seluruh negeri di daerah yang dipilih
  • Yuran yang rendah dan sesuai
  • Lepasan Kolej Komuniti mempunyai peluang kerja yang cerah
  • Peluang yang lebih tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
pelajar kolej komuniti
Semakan Kemasukan ke Kolej Komuniti Sesi 2023 /2024 3

Semakan Kemasukan Kolej Komuniti

Semakan boleh dibuat dengan cara berikut:

Jika anda berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti, anda perlu mengesahkan penerimaan dan tandatangan melalui sistem semakan. Tarikh akhir untuk pengesahan akan dipaparkan. Anda juga boleh terus muat turun surat tawaran dari Kolej Komuniti dan Borang Jawapan Tawaran (BJT).

Rayuan

Jika anda tidak berjaya melepasi tapisan untuk masuk Kolej Komuniti, jangan risau kerana peluang kedua masih ada. Anda boleh membuat permohonan rayuan mulai 9 Januari 2023. Pautan rayuan adalah di pautan yang sama dengan semakan keputusan.

Pastikan anda memohon program yang sesuai dengan kelulusan anda sendiri. Sistem ini http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp juga dibangunkan untuk membolehkan anda membuat semakan program yang boleh anda mohon.

Tarikh Penting

29 Januari adalah tarikh pendaftaran bagi pelajar baru untuk mereka yang berjaya masuk ke dalam Kolej Komuniti.

Artikel lain: