Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023

Pelajar yang telah lulus daripada SPM, STPM, STAM atau SKM dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Profesional Mara (KPM) untuk sesi 2023/2024 dijemput untuk membuat permohonan secara dalam talian. Permohonan ini adalah untuk kemasukan ke peringkat diploma.

Apa itu Kolej Profesional Mara (KPM)?

Kolej Profesional Mara adalah institusi di bawah MARA yang menawarkan program diploma khusus untuk rakyat Malaysia yang berstatus warganegara. KPM menawarkan pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengajaran, perakaunan dan banyak lagi.

Senarai program yang ditawarkan di Kolej Profesional Mara

Berikut adalah senarai program diploma yang ditawarkan di KPM.

  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Perniagaan Teknologi Maklumat
  • Diploma Pengajian Bisnes
  • Diploma Computer Networking
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Creative Digital Media Production
  • Diploma in English Communication
  • Diploma Industri Halal
  • Diploma Integrated Logistics Management
  • Diploma International Business
  • Diploma Islamic Banking & Finance
  • Diploma Landscape & Horticulture
  • Diploma Marketing
  • Diploma Entrepreneurship
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023 2
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023 9
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023 4

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023 6
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023 10

Cara Permohonan

Cara untuk memohon kemasukan ke Kolej Profesional Mara adalah seperti berikut:

  1. Lawati laman web https://apponline.mara.gov.my/spupim/
  2. Daftar sebagai pengguna baru jika belum mempunyai akaun dalam sistem apponline MARA.
  3. Selepas mempunyai akaun, log masuk ke dalam sistem.
  4. Mula mengisi borang permohonan.

Selepas membuat permohonan, simpan slip pengesahan permohonan sebagai rujukan dan bukti bahawa anda telah membuat permohonan.

Jangan lupa untuk mengikuti t.me/portalsemakandotcom untuk maklumat mengenai bidang pendidikan di Malaysia.

baca juga:

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka bermula 9 Januari 2023 hingga 5 Februari 2023. Tarikh tutup adalah pada 5 Februari pukul 11:59 malam.

Nota: Hanya untuk Diploma Creative Digital Media Production, akan ada penilaian khas yang akan diadakan pada bulan Februari 2023.

Syarat Permohonan

Anda perlu memenuhi kriteria berikut untuk membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 18-35 tahun.
syarat permohonan kpm mara
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional Mara (KPM) 2023 11