PM muhyiddin telah mengumumkan akan bayaran tambahan bagi Geran Khas Prihatin.
GKP Tambahan ini diberi nama GKP PERMAI. Ianya akan memberi manfaat kepada penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Semakan GKP boleh dibuat di https://gkp.hasil.gov.my/
Jumlah GKP Tambahan
Jumlah sebanyak RM500 dan RM1000 diberikan kepada penerima mengikut kriteria berikut:
- Negeri yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan: RM1000
- Negeri lain : RM500
Tarikh Pembayaran GKP Permai
Ianya akan mula diagihkan pada penghujung bulan Mac 2021.
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pemberian GKP sebelum ini iaitu secara pemindahan terus ke bank yang didaftarkan di dalam sistem GKP.
Ohya, dah buat Permohonan i-Sinar Online? Layari i-Sinar Tanpa Syarat 2021.