Permohonan i-Sinar tanpa syarat dan kriteria. Kini permohonan mula dibuka kepada semua pencarum KWSP bermula pada 8 Mac 2021. Selain itu, semakan status juga boleh dibuat pada tarikh ini.
Kelayakan pengeluaran i Sinar KWSP tanpa kriteria ini adalah;
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Pencarum KWSP dengan nilai minimum baki di dalam akaun 1 sebanyak RM150.
Permohonan ini akan mula dibuka pada 8 Mac dan kelulusan akan diberikan dalam tempoh 5 hari bekerja.
Permohonan dan semakan i Sinar Tanpa Kriteria
Laman rasmi i sinar adalah: isinar.kwsp.gov.my
Bagi permohonan baharu, anda boleh layari https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request
Manakala bagi semakan status pula, layari laman web ini https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
Pindaan Maklumat
Selain permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini, pindaan maklumat permohonan juga kini dilonggarkan.
Para pemohon boleh membuat penukaran no akaun, nilai/amaun pengeluaran, alamat serta nombor telefon.
baca: Semakan BPR 2021, buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Apakah semua layak memohon i-Sinar tanpa kriteria?
Anda haruslah warganegara Malaysia, pencarum KWSP berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai baki di dalam akaun 1 KWSP minimum sebanyak RM150
Apa yang boleh dilakukan bermula 8 Mac 2021?
Buat permohonan baru dan semakan status permohonan kelulusan.
Berapakah harikah tempoh proses kelulusan diberikan?
5 hari waktu bekerja.
Bolehkah tukar amaun pengeluaran?
Boleh, bermula 8 Mac 2021.