Meminta kerajaan membenarkan had pengeluaran KWSP i-Citra RM10,00 hingga RM20,000. Itulah apa yang diminta oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, ianya diperlukan bagi pencarum yang mempunyai baki simpanan paling kurang RM100,000.
Selain itu, beliau meminta supaya dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding pengeluaran tiap bulan.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
kata Ketua Pemuda Umno lagi, langkah berkenaan bagi membantu mereka yang mempunyai komitmen tertunggak.
Selain itu, beliau mencadangkan agar penggunaan akaun 1 diutamakan dahulu sebelum menggunakan akaun 2 KWSP.
Perkara yang turut digesa adalah supaya dipermudahkan dan dipercepatkan tarikh pengeluaran i-Citra tanpa ada sebarang proses yang panjang.
Permohonan i-Citra
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan i Citra, anda boleh mengakses di pautan icitra.kwsp.gov.my