Cara Mohon i Citra 2021 (Daftar, Semakan,Login Online)

Di sini kami kongsikan step by step cara untuk anda membuat permohonan baru i-Citra 2021.

i Citra adalah medium pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 dan 2.

Ini adalah cara bagaimana anda boleh mohon dan daftar serta login untuk membuat semakan.

Cara Permohonan i-Citra 2021 Online

Pertama sekali, layari icitra.kwsp.gov.my

Klik pada bahagian PERMOHONAN.

permohonan baru i citra
Cara Mohon i Citra 2021 (Daftar, Semakan,Login Online) 6

Kemudian, isi nombor kad pengenalan yang anda daftarkan pada KWSP. Masukkan nombor telefon anda dan klik teruskan.

langkah mohon i-citra
Cara Mohon i Citra 2021 (Daftar, Semakan,Login Online) 7

OTP akan di hantar kepada telefon anda , atau soalan keselamatan akan ditanya. Jawab dengan jawapan yang betul.

cara mohon i citra
Cara Mohon i Citra 2021 (Daftar, Semakan,Login Online) 8

Pada ruangan seterusnya, anda akan diminta untuk membuat pilihan sama ada hendak membuat pengeluaran maksimum RM5,000 atau tidak.

Jika anda pilih maksimum RM5,000 anda akan diberikan paparan seperti A. Jika memilih untuk kurangkan amaun pengeluaran, paparan B akan tersedia.

Klik TERUSKAN.

i citra masukkan pembayaran.
Cara Mohon i Citra 2021 (Daftar, Semakan,Login Online) 9

Pada bahagian seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat anda seperti maklumat pembayaran (no akaun bank). Klik teruskan.

Pastikan semuanya betul dan anda tick “saya bukan robot” dan akhir sekali tekan teruskan.

Maklumat permohonan anda dipaparkan. Anda boleh cetak ataupun simpan atau boleh juga anda screenshot untuk rujukan pada masa akan datang.

Adakah penama no akaun bank mesti sama dengan pemilik KWSP?

Ya. Ini untuk mengelakkan kemudahan ini disalah guna pihak lain.

Apakah nombor Hotline i-Citra?

Hubungi 03-8922 4848