Antara perkara yang menjadi perhatian rakyat ketika pembentangan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021 adalah Moratorium Automatik.
Kerajaan bersetuju untuk memberikan Moratorium selama 6 bulan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman bank.
Moratorium diberikan kepada semua peminjam Bank individu tidak kiralah dari golongan B40, M40 ataupun T20 dan usahawan mikro.
Tidak ada sebarang syarat dikenakan untuk mendapat kelulusan ini seperti penguranan pendapatan.
Selain itu tiada semakan yang akan dibuat bank serta tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan semasa membuat permohonan.
Namun. bagi pinjaman di bawah Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS), semakan akan dibuat oleh bank untuk kelulusan.
Permohonan Moratorium Automatik 2021
Permohonan ini mula dibuka kepada semua pada 7 Julai 2021.Klik bank tempat anda membuat pinjaman:
Masih tidak diketahui sama ada permohonan dibuat secara online ataupun bukan.Kami akan mengemaskini di laman telegram : t.me/portalsemakandotcom
Kepada peminjam yang berminat, anda perlu membuat permohonan dan akan perlu untuk menandatangan perjanjian baharu pinjaman.
Adakah permohonan moratorium perlu dibuat ataupun ianya akan diberikan secara automatik?
Permohonan perlu dibuat. Namun, kelulusan akan diberikan secara automatik.
Bilakah permohonan moratorium akan dibuka?
Pada 7 Julai 2021.