Dalam pengumuman Pakej Program Strategik Memperkesa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan PM pada 17/3/2021, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan.
Bantuan RM500 ini merupakan bantuan bayaran diberikan kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan semasa tempoh pemberian bantuan ini.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Selain itu, RM500 juga diberikan kepada penerima sedia ada Bantuan Prihatin Rakyat yang mempunyai pendapatan RM1000 dan ke bawah.
Permohonan Bayaran Tambahan RM500 PEMERKASA
Untuk makluman, tiada permohonan yang perlu dibuat . Ini kerana penerima akan secara automatik menrima bantuan ini jika layak.
Data daripada KWSP, LHDN dan PERKESO diambil kira bagi menentusahkan mereka yang layak menerima bantuan ini.
Penerima yang layak pula adalah mereka yang berumur 21-60 tahun.
Tarikh Pembayaran RM500 Tambahan
RM500 tambahan ini akan diberikan kepada penerima bermula Jun 2021.
Berapakah jumlah tambahan bantuan PEMERKASA 2021?
RM500 bagi B40 dan RM500 bagi penerima BPR dengan pendapatan bawah RM1000.
Bilakah bantuan ini akan disalurkan?
Bermula Jun 2021.
Adakah bayaran ini termasuk BPR yang sedia ada?
Tidak. Ini adalah bayaran tambahan.
Berapakah umur yang layak menerima?
Mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun.