Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2023

Tahukah anda bahawa Zakat Pulau Pinang telah mengutip 5.95 juta bagi tahun ini?Manakala agihan pula adalah sebanyak 1.95 juta. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran, ini merupakan berita gembira kerana zakat Pulau Pinang akan memberikan bantuan dermasiswa Pulau Pinang bagi mereka yang layak.

Pengenalan Dermasiswa Pulau Pinang

Objektif dermasiswa ini adalah untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar bagi menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke IPT/IPTS dalam negara.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Baca lagi : Dermasiswa zakat Negeri Kedah

Syarat Umum Dermasiswa Pulau Pinang

Berikut merupakan syarat umum bagi bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang :

  1. Pemohon merupakan seorang beragama Islam.
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  3. Pemohon bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun.
  4. Pendapatn keluarga pemohon tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  5. Pemohon tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pemohon ada menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Syarat Bantuan Permulaan IPT (Dalam Negeri)

Sekiranya anda melepasi syarat umum bantuan dermasiswa, anda layak untuk memohon sekiranya anda melepasi syarat bantuan permulaan IPT. Iaitu :

  1. Pemohon hendajlah mengemukakan permohonan dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima.
  2. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
  3. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  4. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  5. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Cara-cara Memohon Dermasiswa Pulau Pinang

Berikut merupakan cara untuk memohon :

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pualu Pinang.
  2. Borang permohon hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan bukti kemasukan IPT/IPTS.
  4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk anak yang sama dalam tempoh setahun mengikut sesi kemasukan.

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini : https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/kriteria-permohonan-zakat/syarat-bantuan-permulaan-ke-ipt-dalam-negeri

Adakah bantuan juga diberikan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Ya. Bantuan juga diberikan kepada pelajar yang mendapat tawaran keluar negara.

Nombor yang boleh dihubungi?

04-549 8088 ย 

Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2023 3
Zakat Pulau Pinang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.