Kerajaan Johor memperkenalkan program dermasiswa yang membantu pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke timur tengah seperti Mesir dan Jordan.
Dermasiswa Pelajaran: Pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir
Pelajar yang mengikuti kursus seperti Syariah dan Undang-Undang, Usuluddin, Dakwah, Pengajian dan Bahasa Arab, Ulum Islamiah, dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir boleh memohon Dermasiswa ini. Syarat-syarat kelayakan termasuklah:
- Warganegara Malaysia dan anak kelahiran Johor yang menetap di Johor.
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
- Lulus dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Al Azhar atau sudah berada dalam Tahun Satu kuliah.
- Pelajar mesti berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir.
- Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.
Dermasiswa Pelajaran: Pelajar di Universiti di Jordan
Pelajar yang mengikuti kursus seperti Pengajian Islam Syariah, Usuluddin, Tahfiz, Ekonomi Islam, dan Bahasa Arab di universiti di Jordan juga boleh memohon Dermasiswa ini. Syarat-syarat kelayakan adalah:
- Warganegara Malaysia dan anak kelahiran Johor yang menetap di Johor.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5A atau lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
- Pelajar yang telah berada di tahun keempat pengajian.
- Pelajar mesti berdaftar dengan Pejabat Education Malaysia Jordan melalui Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ).
- Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.
Cara-Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui Google Form di sini dengan lengkap dan muat naik lampiran yang telah disahkan. Permohonan hendaklah dihantar sebelum 30 Julai 2023. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa) Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Harap maklum bahawa permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan daripada tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.