Setelah anda membuat semakan wang tak dituntut (WTD) pada sistem eGumis, anda dapati terdapat amaun yang terpapar.
Di sini kami kongsikan cara dan langkah-langkah bagi mendapatkan semula wang tersebut dan dipindahkan ke dalam akaun anda.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Sebelum itu, jika anda belum membuat semakan egumis, layari EGUMIS SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT.
Setelah berjaya login, ikuti langkah berikut:
Cara Tuntutan Wang Tidak Dituntut EGumis
Langkah 1 :ย Layari laman webย https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 :ย Klik pada pautan terteraย “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untukย lakukan semakan WTD dengan menggunakan nombor IC.
Langkah 3 :ย Klik pada rekod WTD yang ingin dibuat tuntutan dan pilih Teruskan Dengan Permohonan
Langkah 4 :ย Klik pada Tambah Penerima bagi mendaftarkan perihal penerima WTD.
Langkah 5 :ย Tick Kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma/ syarat eGUMIS kemudian Klik pada butang Hantar. Pilih Ya untuk teruskan dengan menghantar permohonan tuntutan
Langkah 6 :ย Lihat dan ikuti arahan mesej yang dipaparkan bagi menghantar dokumen sokongan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Perhatian: Proses pembayaran hanya akan bermula jika semua dokumen lengkap DITERIMA oleh pihak egumis
Langkah 7 :ย Sila Rujuk laman web eGUMIS untuk buat semakan status permohonan WTD.
Artikel lain: Buat Permohonan i Sinar KWSP dengan melayari i-Sinar KWSP Tanpa Syarat.