Apa perlu dilakukan jika terlupa kata laluan BPR? Di sini kami kongsikan jika password bagi PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT anda terlupa.
Antara perkara yang kerap terjadi adalah terlupa kata laluan dan juga terlupa jawapan bagi soalan keselamatan.
Usah bimbang, kerana anda masih boleh mendapatkan kata laluan baru dengan cara ini.
Selalunya kita perasan yang kata laluan terlupa apabila cuba untuk BPR LOGIN SEMAKAN & KEMASKINI , namun gagal.
Cara Dapatkan kata Laluan Terlupa BPR
Caranya seperti berikut:
- Layari https://bpr.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?
- Masukkan no kad pengenalan anda.
- Jika akaun anda tiada dalam data, anda akan diminta untuk membuat akaun / permohonan baharu.
- Jika maklumat anda terdapat dalam sistem, anda akan diminta memasukkan emel yang didaftarkan.
- Masukkan email dan klik seterusnya.
- Kemudian emel yang mengandungi kata laluan sementara akan diberikan kepada anda.
- Login dan paparan menukar kata laluan baru akan terpapar. Tukar kepada password yang anda ingat. Jangan lupa catat.
Namun, sekiranya anda tiada eml berdaftar, soalan keselamatan akan ditnya. Jawab kesemua soalan tersebut.
emel atau soalan keselamatan terlupa
Namun, jika email anda ataupun jawapan bagi soalan keselamatan terlupa, anda tiada pilihan lain selain hadirkan diri ke pejabat LHDN / bahagian BPR berdekatan anda.