Setelah anda membuat semakan wang tak dituntut (WTD) pada sistem eGumis, anda dapati terdapat amaun yang terpapar.
Di sini kami kongsikan cara dan langkah-langkah bagi mendapatkan semula wang tersebut dan dipindahkan ke dalam akaun anda.
📚Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Sebelum itu, jika anda belum membuat semakan egumis, layari EGUMIS SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT.
Setelah berjaya login, ikuti langkah berikut:
Cara Tuntutan Wang Tidak Dituntut EGumis
Langkah 1 : Layari laman web https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Klik pada pautan tertera “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk lakukan semakan WTD dengan menggunakan nombor IC.
Langkah 3 :Â Klik pada rekod WTD yang ingin dibuat tuntutan dan pilih Teruskan Dengan Permohonan
Langkah 4 :Â Klik pada Tambah Penerima bagi mendaftarkan perihal penerima WTD.
Langkah 5 :Â Tick Kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma/ syarat eGUMIS kemudian Klik pada butang Hantar. Pilih Ya untuk teruskan dengan menghantar permohonan tuntutan
Langkah 6 :Â Lihat dan ikuti arahan mesej yang dipaparkan bagi menghantar dokumen sokongan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Perhatian: Proses pembayaran hanya akan bermula jika semua dokumen lengkap DITERIMA oleh pihak egumis
Langkah 7 :Â Sila Rujuk laman web eGUMIS untuk buat semakan status permohonan WTD.
Artikel lain: Buat Permohonan i Sinar KWSP dengan melayari i-Sinar KWSP Tanpa Syarat.