Semakan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir RM1000 (BWI)

Dengan situasi terkini yang berlaku di Malaysia sekarang, sebahagian tempat di Malaysia khusunya di Kelantan dan Terengganu mengalami bencana banjir. Berpuluh ribu penduduk terjejas akibat banjir yang menimpa ini.

Pada lawatan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim ke kawasan terjejas banjir, beliau telah mengumumkan peruntukan/ bantuan kewangan buat mangsa banjir.

Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir RM1000

Antara perkara yang diumumkan adalah;

  • Kerajaan meneruksan bantuan kepada mangsa banjir termasuk wang ihsan sebanyak RM1000.
  • Ketua isi rumah akan mendapat bayaran ini.
  • Selain itu, keluarga yang mempunyai ahli keluarga meninggal dunia akibat banjir akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.
  • Pembayaran akan dibuat kepada mangsa banjir yang layak dan berdaftar.
  • Pembayaran akan dilakukan sebelum banjir surut dan mangsa pulang ke rumah masing-masing.
  • Senarai penuh bantuan lain: Senarai Bantuan Banjir
Semakan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir RM1000 (BWI) 2
Semakan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir RM1000 (BWI) 4

Semakan Bantuan Wang Ihsan Banjir

Tiada pautan khusus untuk membuat semakan bantuan wang ihsan ini. Namun, Perdana Menteri menyatakan bahawa ianya akan dibayar kepada ketua isi rumah (KIR) yang berpindah je pusat pemindahan sementara (PPS).

Terdapat beberapa tempat yang tidak diwartakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mempunyai mangsa banjir di kawasan tersebut turut akan menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1000.

Manakala bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS pula, masih tiada maklumat sama ada mereka turut sama akan mendapat bantuan ini ataupun tidak.

Info banjir

Ramai masih tidak tahu terdapat laman web rasmi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan menyemak info banjir dan amaran banjir di Malaysia. Ianya adalah https://publicinfobanjir.water.gov.my/

BACA JUGA:  Login BPR 2023 Semakan & Kemaskini Permohonan Online

Anda boleh layari laman web berkenaan untuk mendapat info banjir.

Sistem pangkalan data berpusat Infobanjir telah diperkenalkan pada tahun 1999 dan mula beroperasi pada awal tahun 2000. Sistem Infobanjir ini mempunyai fungsi dengan menghimpunkan data hujan dan aras air secara langsung (real-time) daripada hampir 200 stesen hidrologi yang terdapat di seluruh negara. Makluamat hidrologi daripada setiap stesen cerapan akan di hantar ke Pangkalan Data Telemetri di setiap negeri dan kemudian dihantar ke Infobanjir. Pada fasa permulaan, sistem infobanjir beroperasi secara dalaman iaitu data hujan dan aras air akan diselia oleh pegawai-pegawai JPS sahaja.

Bermula pada 2001, lamanweb Infobanjir telah diwujudkan di mana maklumat hujan dan aras air akan disiarkan secara terus ke laman web bagi membolehkan orang ramai dan agensi – agensi berwajib untuk mendapatkan data situasi hujan dan aras air secara terus. Laman web Infobanjir ini telah bermula dengan siaran data hujan dan aras air yang dirakamkan terus daripada 120 stesen hujan dan 140 stesen aras air yang bertempat di seluruh negara. Selain daripada itu, data semasa kawasan banjir juga disiarkan bersama dengan kawasan-kawasan jalan raya yang mengalami banjir.

artikel lain: