Tahukah anda bahawa golongan suri rumah juga kini turut dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Satu skim baru yang diberi nama sebagai Skim Keselamatan Sosial Rumah (SKSSR) diperkenalkan PERKESO.
Melalui skim ini, golongan suri rumah tidak kira sepenuh masa mahupun separuh masa akan dilindungi daripada bencana domestik dan keilatan. Keilatan merujuk kepada satu keuzuran yang kekal dan tidak dapat diubati sehinggan menyebabkan tidak mampun mencari nafkah.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Pelbagai bentuk faedah dan kegunaan skim ini kepada suri rumah.
Skim ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2022.
Siapa Yang tergolong dalam suri rumah
Suri rumah adalah seorang perempuan yang telah berkahwin ataupun belum yang mengurus hal rumah tangga secara fulltime ataupun separuh masa.
Ianya adalah termasuk seorang isteri, janfa, balu, yang mana perkahwinan berdaftar secara undang-undang bertulis, seorang ibu yangmempunyai anak atau lebih, dan ibu tunggal.
Kelayakan Program SKSSR Perkeso
Anda layak mendapatkan skim SKSSR ini dengan syarat:
- Warganegara Malaysia/ permaustautin tetap.
- Belum mencapai umur 55 tahun.
- Suri rumah yang membuat aktiviti urusan rumah tangga
- Bayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara advance.
Maklumat lanjut mengenai cara permohonan skim ini akan dikongsikan oleh PERKESO dalam masa terdekat.
Ini disebabkan skim ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2022.