Cara Renew Roadtax Kereta di Pejabat Pos Mudah dan Cepat

Roadtax ataupun cukai jalan adalah satu dokumen yang perlu diperbaharui pada setiap tahun untuk kenderaan. Roadtax boleh diperbaharui di beberapa tempat yang menyediakan perkhidmatan ini.

Antara tempat yang menyediakan servis renew roadtax adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Pejabat Pos.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Mengikut pengalaman ramai orang, urusan renew roadtax di Pejabat Pos adalah amat mudah kurang dari 10 minit.

Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos

Sebelum anda hadir ke Pejabat Pos, pastikan insurans kenderaan anda telahpun dibayar. Selepas urusan insurans kenderaan selesai, anda akan menerima cover notes.

DI zaman kini, cover notes hanya diberi dalam bentuk PDF sahaja.

Selesai dengan urusan insurans, hadirkan diri ke Pejabat Pos. Tidak perlu untuk mencetak cover note insurans itu tadi.

Anda hanya perlu menyatakan nombor plat kenderaan yang ingin diperbaharui cukai jalannya dan sebutkan nombor kad pengenalan owner/ pemilik kenderaan berkenaan.

Ini bermakna, tidak semestinya owener/ pemilik asal kenderaan yang perlu membuat urusan ini. Wakil pun boleh.

Selepas itu, anda akan diberikan harga perbaharui roadtax. Anda bayar, dan tunggu roadtax dicetak. Semudah ABC.

Namun, jika anda tidak mempunyai masa, boleh sahaja mengupah runner yang boleh diperolehi di sini.