SIP Elaun Mencari Pekerjaan. Seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam bajet 2022, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada bukan pencarum ini merupakan satu penambahbaikan kepada Program sebelum ini iaitu Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31 Disember 2021.
Bantuan ini adalah diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup untuk membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.
Insentif Diberikan Di Bawah SIP EMP+
- Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh selama 3 bulan.
- Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.
- Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM400 akan dibayar terus pada buklan yang sama.
- Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat Permohonan SIP Elaun Mencari Pekerjaan :
- Individu yang belum mendaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
- Individu yang berumur 18 ntahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
- Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs.
- Mengahdiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.
- Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs.
Cara Mohon SIP Elaun Mencari Pekerjaan
Untuk individu yang layak untuk memohon SIP Elaun Mencari Pekerjaan, individu boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO melalui Playstore = https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US
Sekiranya menggunakan android. Untuk pengguna Peranti iOS pula AppStore = https://apps.apple.com/my/app/perkeso/id1523496062.
Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui portal ini = https://eaduansip.perkeso.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaa atau maklumat lanjut mengenai SIP Elaun Mencari Pekerjaan ini, anda boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke [email protected].
Soalan Lazim
Berapakah had umur untuk syarat kelayakan bagi permohonan ini ?
berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan,
Bilakah tarikh permohonan ini ditutup ?
31 Disember 2022.