Insentif Khas Pasangan Pengantin 2022 yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang adalah disediakan khusus kepada pasangan negeri tersebut dan pengantin lelakinya berpendapatan RM5000 dan ke bawah sahaja.
Matlamat insentif kahs ini diwujudkan adalah untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah bagi mendirikan rumah tangga di Negeri Pahang.
Untuk pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan yang disediakan dengan segera.
Syarat Permohonan
Bagi syarat permohonan yang telah ditetapkan dan harus dipenuhi oleh pemohon adalah :
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
- Pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000 dan ke bawah layak untuk menerima insentif ini.
- Untuk perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang (Kebenaran Luar Negeri (KBLN).
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
- Bagi perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
- Bagi pemastautin di Negeri Pahang, mereka mestilah sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/Pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain layak untuk menerima insentif ini.
- Setiap permohonan perlu di hantar ke Pejabat Agama Islama Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
Pemohon Yang Tidak Layak
Bagi pemohon yang tidak layak untuk memohon permohonan ini adalah :
- Poligami
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah0.
- Nikah tanpa kebenaran
- Kedua pasangan bukan asal Pahang
- pendapatan lelaki melebihi RM5000
Cara Mohon Insentif Khas Pasangan Pengantin 2022
Cara Mohon Insentif Khas Pasangan Pengantin 2022 alaha permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan ini = https://emunakahat.pahang.gov.my/fail/borangikpp.pdf
- Lengkapkan borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama islam daerah masing-masing.
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah :
- Dua (2) Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
- Satu (1) Salinan catatan akad nikah pemohon.
- Dua (2) Salinan penyata akaun bank pemohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Khas Pasangan Pengantin 2022, sila layari laman web = https://emunakahat.pahang.gov.my/
Soalan Lazim
Sekiranya pasangan berpoligami bolehkah memohon permohonan Insentif ini ?
Tidak.
Bagi pasangan yang nikah tanpa kebenaran, bolehkaha memohon insentif ini ?
Tidak.