Jumlah Bayaran STR Tambahan Isi Rumah Miskin Tegar & Tarikh Terima

By Editorial

Selain pembayaran STR yang dibayar kepada golongan B40, Kementerian Keeangan juga telah memutuskan untuk memberikan bayaran tambahan kepada golongan isi rumah miskin tegar.

Golongan miskin tegar adalah pendapatan kurang daripada RM1,169 sebulan. Golongan ini akan menerima bayaran tambahan yang akan dibayar berlainan daripada tarikh pembayaran STR sedia ada.

Jumlah Bayaran STR Tambahan

Jumlah bayaran adalah sebanyak RM600. Ianya akan dibayar sebanyak 6 kali bermula pada Julai 2023 hingga disember 2023. Kadar bayaran adalah sebanyak RM100 sebulan.

Untuk maklumat penuh dan mudah difahami, anda boleh lihat jadual yang tertera di bawah ini.

Jumlah Bayaran STR Tambahan Isi Rumah Miskin Tegar & Tarikh Terima 2
Jumlah Bayaran STR Tambahan Isi Rumah Miskin Tegar & Tarikh Terima 4

Seperti yang anda lihat, jumlah keseluruhan STR dan juga STR tambahan adalah dipaparkan pada kolum yang terakhir pada jadual tersebut.

Bagi miskin tegar yang mempunyai 0 anak akan mendapat bantuan berjumlah RM1600 kesemuanya.

Manakala bagi yang mempunyai 1-2 anak akan menerima jumlah RM1200, seterusnya anak 3-4 orang akan mendapat RM2600 dan anak yang lebih 5 orang akan mendapat sebanyak RM3100.

Tarikh Bayaran STR Tambahan

tarikh fasa pertama STR tambahan adalah pada Julai 2023. Anda boleh membuat semakan status pembayaran dengan melayari : https://bantuantunai.hasil.gov.my

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh hubungi:

  • AgensiLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Emel: [email protected]
  • Telefon: 1-800-88-2747

Adakah penerima STR tambahan turut menerima STR biasa?

Ya, mereka seperti biasa akan menerima STR dan akan mendapat bayaran tambahan.

Adakah tarikh pembayaran STR tambahan sama dengan STR biasa?

Tidak. Pembayaran adalah berlainan. Rujuk jadual yang tertera dalam artikel ini.