Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah telah diumumkan kerajaan. Ini adalah pembayaran fasa 2 STR setelah pembayaran pertama pada Januari lalu.Seperti yang dijanjikan kementerian kewangan, STR fasa dua akan diagihkan pada awal April kepada semua penerima yang layak.
Tarikh Pembayaran STR Fasa 2
Tarikh rasmi pembayaran STR fasa dua adalah seperti berikut:
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tarikh | 5 April 2023 |
Hari | Rabu |
Perkara | Pembayaran STR Fasa 2 |
Jumlah Bayaran STR fasa 2
Jumlah yang akan diterima bagi setiap kategori penerima tertera pada jadual seperti di bawah:
Jadual menunjukkan, semua kategori penerima akan mendapat bayaran, dengan rata-rata akan menerima sebanyak RM200. Kecuali bagi kategori bujang dan warga emas sebatang kara yang mana akan menerima sebanyak RM100.
Semakan Status
Semakan status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat dengan melayari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Masukkan mykad anda dan klik log masuk, kemudian masukkan kata laluan anda. Setelah berjaya, status pembayaran STR anda ataupun status permohonan anda akan dipaparkan.
Berapakah jumlah STR fasa 2?
Anda akan menerima bayaran sebanyak RM200 , manakala bagi bujang pula sebanyak RM100.
Adakah golongan bujang akan mendapat bayaran pada STR fasa 2?
Ya. Bayaran sebanyak RM100 akan diterima.
Bila pula STR fasa 3 akan diagihkan?
Pada bulan Julai 2023.