Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2025

Program Skim Mesra Usia Emas telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Ia merupakan salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini.Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM 500 sekiranya mereka meninggal dunia.

Namun begitu, memandangkan nama Skim Mesra Usia Emas sering disinonimkan sebagai skim untuk warga emas walaupun ia turut dibuka untuk golongan OKU, maka ada keperluan agar nama program disesuaikan mengikut golongan sasar.

📚Join Telegram untuk lebih info bantuan.

Oleh yang demikian, berkuatkuasa 1 Januari 2023, Skim Mesra akan menjadi nama utama bagi program ini dimana kategori program untuk golongan warga emas akan dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan bagi golongan OKU pula akan dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Cara Permohonan SMUE 2025

Permohonan boleh dibuat dengan muat turun borang permohonan dan mengisinya dengan lengkap. Borang permohonan boleh diperolehi di pautan berikut:

Syarat permohonan

Sebelum anda membuat permohonan, teliti dahulu syarat permohonan SMUE 2025.

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Semakan Permohonan

Jika anda telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan keputusan pada pautan berikut: