SPA memberikan info mengenai bilakah peperiksaan akan berlangsung mengikut jenis peperiksaan yang akan diduduki.
Semakan Penjadualan
Terdapat 4 jenis penjadualan yang berada di bawah kelolaan SPA.Iaitu;
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
- Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kcergasan
- Pusat penilaian (Assessment centre)
- Temu duga.
Cara semakan adalah dengan cara berikut:
- Layari laman web senarai pendjadualan di sini.
- Pilih mengikut jawatan yang mana anda ditawarkan untuk mengikuti peperiksaan. Jawatan yang anda ditawatkan boleh disemakan melalui pautan SPA9 ataupun ianya boleh disemak melalui email yang dihantar kepada anda.
- Selepas memilih jawatan, satu paparan akan dipaparkan menunjukkan jenis peperiksaan, dan juga jawatan apa yang hendak disemak.
- Pastikan ianya jawatan yang sama. Kerana jika tidak, semakan anda akan tidak menemukan keputusan.
- Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik hantar.
- Paparan mengenai tarikh, masa , dan pautan login untuk peperiksaan akan dikeluarkan.
- Simpan untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.
Bentuk Peperiksaan Online
Sukatan peperiksaan online dibahagikan kepada berikut:
- Seksyen Pengetahuan Am
- Daya Menyelesaikan masalah
- Kemahiran bahasa Inggeris
- Ujian Psikometrik
Setakat ini tiada bahan rujukan khusus dan khas bagi peperiksaan online SPA ini.
Rujukan SPA bagi Peperiksaan Online
Namun, Pihak SPA ada menyediakan rujukan mengenai format dan sukatan peperiksaan yang bakal diduduki. Anda boleh muat turun dan jadikan pandua. Kami sediakan di bawah mengikut gred perkhidmatan.
Gred Jawatan | Format peperiksaan |
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 | Muat turun |
Jawatan Gred 41 | Muat turun |
Jawatan Gred 29 | Muat turun |
Jawatan Gred 19 | Muat turun |
Jawatan Gred 11 | Muat turun |
Separa perubatan | Muat turun |