PROTEGE-GEES 2022. PROTEGE-GEES merupakan program selama 12 bulan menerusi latihan sambil bekerja di Yayasan PETRONAS di bawah Program MySTEP PETRONAS.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu bagi mendapatkan pekerjaan jangka panjang atau untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri.
Tarikh Permohonan
Bagi graduan yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.
Manfaat Program
Manfaat yang bakal diperolehi oleh graduan menerusi program ini adalah :
- Kemahiran insaniah.
- Elaun bulanan RM2,000 (SOCSO dan KWSP adalah termasuk).
- Insurans peribadi kemalangan.
- 12 hari cuti tahunan
- Tiket kapal terbang pergi dan balik untuk peserta daripada Malaysia Timur.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi graduan yang ingin memohon adalah :
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 26 tahun.
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda minimum dengan PNGK minimum 3.0.
- Tidak menghadiri sebarang program yang sama ditawarkan oleh GLC/syarikat lain.
- Menganggu8r atau tidak bekerja dalam bidang kelayakan siswazah yang tidak berkaitan.
- Mempunyai Ijazah Pertama daripada bidang :
– Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan
– Sains Aktuari
– Pentadbiran Perniagaan
– Multimedia dan Komunikasi
– Sumber Manusia
– Undang-undang
Cara Mohon PROTEGE-GEES 2022
Graduan yang berminat untuk memohon boleh menghantar CV kepada pihak Yayasan PETRONAS ke alamat [email protected]
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai PROTEGE-GEES 2022, sila layari laman web rasmi Yayasan PETRONAS = https://www.yayasanpetronas.com.my/
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ?
Sebelum 31 Julai 2022.
Apakah manfaat dari program ini ?
Salah satu manfaat dari program ini adalah : Elaun bulanan RM2,000 (SOCSO dan KWSP adalah termasuk).