Yayasan JCORP 2022 : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation adalah satu inisiatif yang berupa bantuan yuran persediaan awal pelajar lepasan SPM, STPM atau Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2022.

Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan lagi beban kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.

Selain itu, bantuan ini juga diberikan adalah untuk membela nasib pelajar agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan terutamanya dari segi kewangan.

Yayasan JCORP 2022 : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 3
Yayasan JCORP 2022 : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 7

Tarikh Permohonan

Bagi pelajar yang berminat boleh membuat permohonan bantuan pendidikan ini sebelum 28 Julai 2022.

Penaja Utama Yayasan JCORP

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Yayasan JCORP 2022 : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 8

Syarat Permohonan

Antara syarat permohonan untuk bantuan pendidikan ini adalah :

  1. Permohonan melalui borang digital.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  4. Pendapatan isi rumah dari golongan B40 ( RM4000 dan ke bawah.
  5. Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
  6. Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  7. Tawaran Penagajian sepenuh masa sahaja.
  8. Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Yayasan JCORP 2022 : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 9

Cara Mohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation :

  1. Sila layari laman web rasmi di pautan ini = http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar
  2. Tekan butang “Daftar Sekarang”.
  3. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
  4. Muat naik dokumen lampiran permohonan.
  5. Tekan butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.

Lampiran Permohonan

  1. Borang kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  3. Salinan Slip Gaji Ibu, Bapa atau Penjaga dalam satu lampiran.

Untuk makluman, bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, sila sertakan surat pengesahan daripada pegawai yang diberi kuasa seperti pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-2192692 dan pemohon juga boleh layari laman web = http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.

Soalam Lazim

Bilakah tarikh permohonan Bantuan Pendidikan ini ?

Sebelum 28 Julai 2022.

Bolehkah pelajar yang membuat permohonan kali pertama lebih dari sekali ?

Tidak. Untuk permohonan kali pertama adalah sekali sahaja.