Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger Pahang 2022

Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger. Akie Burger dengan kerjasama Majlis Tindakan sosial Negeri Pahang (MTSP) telah mewujudkan program usahawan khusus kepada anak muda B40 yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan iaitu Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger Pahang.

Program Pembangunan Usahawan Muda Akie burger ini bertujuan untuk membantu anak muda golongan B40 dan mereka sedang mencari pekerjaan.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Anak muda yang menyertai program ini akan berpeluang untuk meraih pendapatan sebanyak RM3,000 hingga RM8,000 sebulan. Program ini juga mensasarkan sebanyak 140 pemohon yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang setiap daerah di Negeri Pahang.

Manfaat Program

Manfaat yang didapat bagi mereka yang menyertai program ini adalah :

  1. Latihan disediakan
  2. Peralatan lengkap disediakan
  3. Kiosk perniagaan disediakan
  4. Uniform usahawan disediakan
Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger

Yuran Penyertaan

Yuran bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini adalah sebanyak RM250 sahaja.

Pembayaran ini dilakukan selepas Kerajaan Negeri Pahang telah menaja separuh yuran asal penyertaan iaitu RM500 seorang.

Syarat Permohonan

  • Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap B40.
  • Anak kelahiran Pahang.
  • Menetap di dalam daerah Negeri Pahang.
  • Ingin mengusahakan perniagaan sendiri.
  • Tidak mempunyai CCRIS atau CTOS.
  • Bumiputera Muslim.
  • Mempunyai kenderaan sendiri.

Cara Mohon Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi wakil MTSP mengikuti daerah seperti yang berikut :

Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger

Kemudian berikan maklumat ini kepada wakil MTSP tersebut :

  1. Nama
  2. No kad pengenalan
  3. Nombor telefon
  4. Cadangan tapak dan alamat

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger Pahang, hubungi 09-573 7679.

Sumber : Facebook Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail = https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger ini ?

Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.

Bolehkah anak kelahiran negeri lain untuk memohon program ini ?

Tidak. Anak kelahiran Pahang sahaja.