Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE 2023

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk mendorong generasi belia terlibat dalam dunia perniagaan. Keusahawanan dijadikan salah satu bidang utama dalam pembangunan belia negara. Program ini menyediakan sokongan langsung kepada belia Bumiputera berusia 18 hingga 30 tahun yang mempunyai minat mendalam dalam keusahawanan, terutamanya mereka yang mempunyai sijil kemahiran asas dari institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dirujuk di Laman Rasmi TUBE.

Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE 2023 3
TUBE

Objektif TUBE

Program TUBE bertujuan untuk mencapai beberapa objektif utama, antaranya:

  1. Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia.
  2. Mengubah paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan.
  3. Membentuk daya tahan dan jati diri belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

Fasa & Komponen

Program ini dirangka khas untuk mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar memiliki daya tahan mental dan fizikal. Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar.

Kelayakan Program Tuna Usahawan Belia TUBE

Untuk memohon program TUBE, calon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia di antara 18 hingga 30 tahun.
  2. Jika sudah mendaftar perniagaan, perniagaan tersebut tidak boleh beroperasi lebih dari 12 bulan. Jika belum mendaftar perniagaan, pemohon perlu menjalankan perniagaan tidak rasmi selama sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan. Aktiviti perniagaan ini perlu dibuktikan dengan muat naik akaun bank yang menunjukkan aktiviti debit/kredit.
  3. Pemohon hanya boleh mendaftar perniagaan kali pertama. Jika ada pembaharuan pendaftaran atau pendaftaran kali kedua, tarikh pendaftaran baharu/kali kedua tersebut tidak akan diambil kira.
  4. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian mestilah kurang dari 12 bulan. Surat pengesahan tamat pengajian dari institusi pengajian perlu dimuat naik semasa pendaftaran dalam talian.
  5. Pemohon perlu dalam keadaan sihat dan tidak sedang mengandung. Mereka juga perlu komited untuk mengikuti latihan dalam talian dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  6. Pemohon tidak boleh memiliki catatan kesalahan jenayah atau pernah diisytiharkan muflis atau disenaraihitam oleh bank.
  7. Pemohon yang sedang berada dalam proses kebankrapan atau proses tindakan mahkamah juga tidak layak untuk memohon.
  8. Selain itu, pemohon juga tidak boleh merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak. B
  9. agi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dan boleh dipertimbangkan untuk menyertai program pada tahun yang sama.
  10. Setiap pengambilan hanya membenarkan kehadiran seorang sahaja dari pasangan suami/isteri/adik-beradik. Pemohon juga harus tidak bekerja tetap, sementara, atau telah diberhentikan kerja sama ada di sektor awam atau sektor swasta.
  11. Selain itu, pemohon tidak boleh pernah menyertai Program TUBE sebelum ini, termasuk TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0 dan TUBE@PENJANA.
  12. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki Sijil Kemahiran atau telah diberhentikan kerja, tetapi memiliki minat mendalam dalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya.
BACA JUGA:  Bakul Prihatin Negara 2021 :Cara Mohon Bantuan Makanan

Cara Memohon TUBE 2023

Untuk memohon Program TUBE, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Baca dan fahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) serta kriteria kelayakan permohonan sebelum mengemukakan permohonan.
  2. Permohonan dalam talian hanya dibuka dari tanggal 7 hingga 31 Mei 2023. (Link Permohonan: https://tube.smecorp.gov.my/prereg.php)
  3. Permohonan sebelum atau selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
  4. Setiap pemohon hanya boleh membuat satu permohonan sahaja.
  5. Pastikan alamat emel yang digunakan semasa pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  6. Isi semua soalan di setiap seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”.
  7. Selepas menekan butang “Sah & Hantar”, sebarang pengemaskinian maklumat tidak akan dapat dilakukan.
  8. Pemohon dikehendaki mencetak makluman penerimaan permohonan sebagai rujukan pada masa depan.
  9. Pemohon perlu memenuhi semua kriteria kelayakan yang telah dinyatakan. Jika pemohon tidak memenuhi salah satu atau mana-mana kriteria yang dinyatakan, permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan. Jika pemohon mengemukakan maklumat palsu atau tidak benar, permohonan akan dibatalkan.
  10. SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal, atau mengubah terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, berdasarkan dasar dan prosedur yang telah diterima. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad, dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.