Seperti yang anda tahu, Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 3 akan dibayar kepada penerima pada bulan Julai 2023. Pembayaran adalah berbeza mengikut kategori penerima STR.
Persoalannya, adakah semua kategori akan menerima bayaran STR Fasa 3? Jom kita lihat jadual pembayaran yang tertera seperti di bawah ini:
Kategori Penerima STR fasa 3
Seperti yang anda lihat, pembayaran akan dibuat kepada semua penerima, namun hanya golongan isi rumah dengan pendapatan RM2501-RM500 yang tidak mempunyai anak tidak akan menerima sebarang bayaran STR fasa 3.
Bayaran Tambahan Miskin Tegar
Selain itu, pembayaran tambahan miskin tegar juga turut dibayar kepada penerima pada Julai 2023.
Miskin tegar adalah isi rumah yang berada pada kurang dari purata garis kemiskinan iaitu RM1,169.
Pembbayaran sebanyak RM100 akan diberikan tidak kira sama ada anda mempunyai anak ataupun tidak.
Saya merupakan golongan isi rumah miskin tegat, berapa bayaran akan diperolehi?
Tambahan RM100 akan dibayar pada STR fasa 3. Contoh jika anda mempunyai 2 anak dan pendapatan kurang dari RM2500, anda akan menerima RM400 + RM100 bersamaan dengan RM500 untuk bulan Julai 2023 ini.