Permohonan SPiM 2022 . SPiM merupakan satu kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan.
Bagi Usahawan Bumiputera adalah dialu-alukan bagi membuat permohonan secara atas talian.
Kadar & Tempoh Pembiayaan
Kadar pembiayaan yang bakal ditawarkan adalah sehingga RM250,000 bagi milikan tunggal/perkongsian manakala pembiayaan sehingga RM500,000 bagi Syarikat Sdn. Bhd.
Bagui tempoh pembiayaan pula adalah selama 1-10 tahun atau 12-120 bulan.
Skop Pembiayaan
Skop pembiayaan ini adalah dikhaskan bagi kegunaan seperti berikut :
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralan
- Ubah suai Premis Perniagaan
Jaminan Atau Cagaran
Jamina atau Cagaran yang akan dikenakan adalah :
i.) Jaminan
Sesorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang dari 3% daripada jumlah yang dipohon.
ii.) Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
iii.) Gabungan kedua-duanya sekali
iv.) Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan dan pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
Syarat Asas
Syarat asas yang telah ditetapkan dan perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut :
- Warganegara dan Bumiputera.
- Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Mempunyai premis perniagaan.
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Perniagaan patuh syariah.
- Bebas dari senarai hitam MARA.
- Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas).
- Sumbangan modal sendiri tidak kurang dari 10% daripada kos projek.
Cara Mohon Permohonan SPiM 2022
Permohonan SPiM 2022 ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web permohonan = https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/
- Klik pada bahagian “Daftar Pengguna Baru”.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Ikut arahan dan buat permohonan dengan lengkap.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan SPiM 2022 ini, sila layari laman web rasmi disini = https://www.mara.gov.my/
Soalan Lazim
Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?
Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
Bolehkah memohon permohonan ini, sekiranya perniagaan baru sahaja beroperasi ?
Untuk memohon permohonan ini, pastikan perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.