Permohonan Dana SPEAK 2022. SPEAK 2022 adalah program yang bertujuan mengintegrasikan fungsi dan peranan agensi kerajaan dan NGO wanita dalam memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat Negeri Johor.
Program ini juga telah ditawarkan dalam Belanjawan Johor 2022 di bawah agenda 11 Johor Pihatin.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Oleh itu, kepada NGO Wanita di Negeri Johor adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan Dana SPEAK 2022 secara atas talian dengan segera.
Inisiatif Program
Terdapat 2 inisiatif yang dilaksanakan di bawah SPEAK ini iaitu :
i.) Sesi Town Hall
Sesi Town Hall SPEAK yang merupakan sesi ramah mesra, taklimat dan soal jawab berkenaan perkhidmatan dan fungsi NGO serta agensi terlibat melibatkan beberapa sesi pertemuan dengan kerjsama Jawatankuasa SPEAK 2022.
Kaedah pelaksanaanya melibatkan 3 siri iaitu siri 1, 2 dan 3 (mengikut siri dan tema) :
- Agenda Pemerkasaan Wanita
- Agenda Pemerkasaan Keluarga
- Agenda Pemerkasaan Masyarakat
Selain itu, sesi ini juga mempunyai Bengkel Resolusi da 1 sesi town hall bagi resolusi/rumusan.
ii.) Pelaksanaan Prgram Kerjasama NGO Bersama Agensi
Perlaksanaan program dan inisiatif mensejahterakan rakyat Negeri Johor dengan kerjasama Jawatankuasa SPEAK dan agensi kerajaan serta NGO wanita merangkumi program-program berkonsepkan seminar, webinar, bengkel, kursus, sukan, kekeluargaan dan kemasyarakatan berpandukan 3 bidang utama iaitu :
- Program Pemerkasaan Wanita
- Program Pemerkasaan Keluarga
- Program Pemerkasaan Masyarakat
Selain ittu juga, NGO wanita dan NGO yang dipengersuikan oleh wanita boleh memohon peruntukan di bawah YPKDT agi menjalankan program-program sinergi pemerkasaan wanita, kelurga dan masyarakat mengikut bidang keutamaan dengan jumlah tidak melebihi RM5,000 bagi satu-satu program.
Syarat Kelayakan
NGO yang layak dipertimbangkan bagi menyertai program ini adalah :
- NGO wanita atau NGO yang dipengerusikan oleh wanita
- NGO yang aktif menjalankan program/ aktiviti wanita dan kemasyarakatan.
- NGO yang menjalankan program kepada golongan sasar YKDT dan jabatan dibawah potfolio / Jawatangkuasa SPEAK seperti wanita, ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah B40, wanita professional, belia, remaja, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, warga emas dan sebagainya.
- NGO yang menjalankan aktiviti serta inisiatif menepati bidang keutamaan yang telah ditetapkan iaitu program pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat.
- NGO yang ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan dan diiktiraf oleh kerajaan Negeri Johor bersesuaian dengan dasar kuasa undang-undang negeri ini yang berkaitan begi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.
- NGO yang tidak berorientasikan keuntungan (non-prfit making).
- NGO yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan lebih dipertimbangkan.
- NGO yang bersedia menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan lain-lain pihak dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan dan pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat.
Cara Mohon Permohonan Dana SPEAK 2022
Permohonan Dana SPEAK 2022 boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan permohonan disini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfU5umGKzq_G9jkZetZA6rLLJa-ptrMhAUMkvNR_6Iitz2wrA/viewform
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik kertas kerja.
- Klik butang “submit” untuk menghantar kertas kerja.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Dana SPEAK 2022, boleh hubungi :
- YPKDT : 07-2666526
- Cik Faizah : 010-7956068
- Pn. Marjana : 011-27544649
- Pn. Syahira : 012-7020156
Soalan Lazim
Bolehkah NGO dipengerusikan memohon peruntukan bagi setiap program ?
Boleh.
Berpakah jumlah yang boleh dipohon oleh NGO wanita dan NGO dipengerusikan bagi setiap program ?
tidak melebihi RM5,000 bagi satu-satu program.